Kelas Membina Folio
22 Julai 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 21 Julai 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Membina Folio. Kelas ini diadakan untuk membantu pelajar dalam menghasilkan folio yang ditugaskan oleh guru mereka. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Kelas Membina Folio ini dijalankan untuk membantu mereka untuk menghasilkan folio dalam microsoft office word. Disini, kami memberi mereka contoh-contoh folio yang ada di internet sebagai panduan mereka agar mereka lebih nampak jelas apa itu folio. Selain itu juga kami membantu mereka untuk mencari gambar gambar bersesuaian dengan tajuk folio itu agar folio kelihatan lebih menarik dan kreatif. Kami juga mengambil kesempatan untuk mengajar mereka tentang tools yang ada dalam microsoft office word yang dapat digunakan. Hal ini dapat menjadikan folio mereka lebih menarik dan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: